Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerjasama antarabangsa tangani tumpahan minyak

    SINGAPURA, 20 JUN – Pihak berkuasa Singapura sedang berhubung dengan rakan sejawat mereka dari Malaysia untuk bekerjasama dalam usaha menangani sebarang kesan lanjut daripada tumpahan minyak susulan insiden perlanggaran kapal di Terminal Pasir Panjang (PPT) Jumaat lepas.

    “Singapura, Malaysia dan Indonesia adalah sebahagian daripada Jawatankuasa Tabung Pusingan, di mana tiga negara pesisir boleh meminta dan memberikan sokongan untuk tumpahan minyak dan operasi pembersihan di Selat Melaka dan Singapura,” menurut kenyataan bersama oleh agensi-agensi terlibat dalam usaha menyeluruh kerajaan pada Khamis.

    Agensi berkenaan ialah Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), Lembaga Taman Negara (NParks), Agensi Air Nasional Singapura (PUB), Agensi Makanan Singapura (SFA), Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC).

    Operasi pembersihan di beberapa bahagian perairan dan pantai Singapura masih diteruskan hampir seminggu selepas insiden perlanggaran antara kapal pengorek dan kapal tangki minyak itu.

    Walaupun pantai masih dibuka dan perniagaan pulau beroperasi seperti biasa, aktiviti laut dan berenang masih tidak dibenarkan.

    Agensi-agensi berkenaan menyatakan setakat ini, tiada ladang ikan di Singapura yang terjejas dan kualiti udara di kawasan yang terjejas di Taman East Coast, Hutan Simpanan Labrador dan Sentosa berada dalam paras selamat. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda