BEIJING, 9 APRIL – Hubungan China dengan negara ASEAN semakin memperlihatkan keakrabannya menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastuktur asas di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Projek penambahbaikan rangkaian pengangkutan antara pendekatan yang sentiasa diberi keutamaan kedua-dua pihak untuk memantapkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan, sekali gus menyuntik momentum baharu dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.