Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerjasama dalam kesenian, kaligrafi Islam

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Bagi mengembangkan dan meningkatkan kerjasama dalam bidang kesenian dan kaligrafi Islam melalui program latihan dan bengkel, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU), hari ini.

    Penandatanganan MoU berkenaan berlangsung di Bilik Muzakarah, Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PPKKI-YSHHB), Rumah Semaun, Jalan Jerambak.

    MoU telah ditandatangani oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dan Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan.

    Dengan termeterainya MoU itu, ia dihasratkan untuk menggalakkan dan mempromosikan kerjasama dalam bidang-bidang seperti pengajaran dan pembelajaran, penempatan tenaga pengajar dan pelajar, kursus-kursus latihan, pertukaran penerbitan, program kerjasama penyelidikan dan pengajaran dan lain-lain.

    Ia juga diharapkan agar kaligrafi Islam dapat dimartabatkan dan sentiasa dilestarikan serta tetap diamalkan dalam kalangan belia agar tidak pupus ditelan zaman.

    Dr Haji Norarfan dan Dr Nor Imtihan bertukar-tukar dokumen yang ditandatangani. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Majlis penandatanganan MoU antara Yayasan dan UNISSA berlangsung di Bilik Muzakarah PPKKI-YSHHB, Rumah Semaun, Jalan Jerambak. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda