Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerjasama kedutaan Malaysia, organisasi Islam Indonesia terus kukuh

    JAKARTA, 8 APRIL – Kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan organisasi-organisasi Islam Indonesia semakin berkembang, menandakan ikatan perpaduan dan saling menyokong yang erat.

    Duta Besar, Syed Md Hasrin Tengku Hussin berkata wujud spektrum kerjasama di pelbagai peringkat daripada dakwah kepada akademik seterusnya akidah hingga urusan perkahwinan dan keluarga.

    Selain itu, hubungan dengan kedutaan dan organisasi-organisasi di Malaysia seperti Pejabat Agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pendidikan telah lama wujud, katanya.

    “Kami komited untuk terus memupuk kerjasama dan memperhalusi hubungan sedia ada agar kekal teguh,” katanya kepada Bernama selepas majlis berbuka puasa bersama organisasi-organisasi Islam pada kelmarin.

    Selain memperkuat hubungan antara Malaysia dan Indonesia dalam bidang keagamaan, Syed Md Hasrin menyatakan kedua-dua pihak akan sentiasa meletakkan kepentingan ummah sebagai keutamaan.

    Diadakan di sebuah hotel, diskusi mereka turut menyentuh hal mendesak dalam masyarakat Islam. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda