Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia

    KUALA LUMPUR, 18 JUN – Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.

    Menerapkan nilai-nilai Asia berdasarkan kemakmuran bersama dan kerjasama juga memungkinkan benua ini tidak lagi bergantung kepada Barat dan membolehkannya menentukan arah dan takdirnya sendiri, kata bekas Menteri Luar Malaysia, Tan Sri Anifah Aman dalam ucapannya di Persidangan Kuala Lumpur 2023 pada Sabtu.

    “Kita perlu mengakui bahawa kekuatan kita terletak pada kesatuan dan kolaborasi. Asia, yang kaya dengan sejarah, budaya dan ekonomi yang berkembang pesat, mempunyai potensi untuk menjadi mercu tanda kemajuan dunia.

    “Dengan menggunakan kekuatan kolektif, kita boleh mengatasi cabaran-cabaran dan membina masa depan yang ditakrifkan oleh kemakmuran ekonomi dan kejayaan yang dikongsi.

    “Satu langkah penting lain untuk mewujudkan wawasan ini adalah dengan mempromosikan perdagangan dan pelaburan dwisisi dalam mata wang domestik di pasaran Asia dan di luar. – Bernama

    Gambar Freepik.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda