Khamis, November 20, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerjasama Sarawak-UBC buka lembaran baharu perlombongan hijau

    KUCHING, 16 NOV – Sektor kuari dan perlombongan hijau Sarawak melakar satu pencapaian baharu susulan kerjasama antara Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Negeri dengan University of British Columbia (UBC), Kanada.

    Dalam kenyataan hari ini, Centexs menjelaskan satu Pernyataan Kerjasama telah dimeterai baru-baru ini oleh ketiga-tiga pihak di kampus UBC di Vancouver untuk memuktamadkan usaha sama bagi membina kapasiti dan menyokong pembangunan industri mineral mampan di Sarawak.

    “Institusi ini akan bekerjasama dalam beberapa bidang penting termasuk pensijilan profesional untuk program latihan perlombongan dan kuari pascaijazah, serta program peringkat sarjana muda dan pascasiswazah dalam perlombongan dan geologi.

    “Ada juga penyelidikan dan pembangunan serta inovasi dalam sumber mineral, pembangunan mineral mampan dan pembinaan kapasiti tenaga kerja,” jelasnya. – Bernama

    Sarawak perkukuh komitmennya dalam membangunkan sektor perlombongan hijau dan kuari melalui kerjasama strategik dengan University of British Columbia, Kanada. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda