Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerjasama sebar kesedaran dan pendidikan teknologi ICT

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Makmal Inovasi Brunei (BIL) dan Unified National Networks Sdn Bhd (UNN) telah merasmikan kerjasama yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama transformatif berpaksikan pendidikan, kepakaran teknikal ICT dan memangkin pertumbuhan inovasi dalam negara.

    Kerjasama itu menandakan detik penting di mana kedua-dua entiti negara berkenaan komited untuk menyatukan rancangan dan kepakaran mereka bagi merealisasikan cita-cita Brunei Darussalam untuk pendigitalan dan inisiatif wawasan 2035 untuk merubah Brunei menjadi sebuah negara pintar.

    Dengan pengalaman berakar umbi dalam aspek teknikal industri komunikasi, UNN mempamerkan aspek teknikal infrastruktur dan penyelesaian ICT dalam BIL, memberikan akses kepada kedua-dua pengguna dan pemain industri mengenai perspektif yang lebih baik, dan pemahaman lanjut tentang teknologi yang digunakan untuk menghubungkan negara secara keseluruhannya.

    Ia juga sejajar dengan objektif BIL untuk menyebarkan kesedaran dan pendidikan mengenai teknologi ICT yang sedang muncul sambil bertindak sebagai platform untuk membolehkan akses kepada syarikat pemula dan usahawan teknologi tempatan melalui rangkaian rakan kongsi mereka yang luas.

    Kedua-dua pihak bersemangat untuk kerjasama tersebut kerana ia merangkumi visi bersama untuk Brunei yang lebih terhubung dan inovatif.

    Wakil dari UNN dan BIL bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNN
    Antara yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda