Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerjasama singkat Djokovic, Andre Agassi

    PARIS, 30 Mei- Novak Djokovic memulakan kerjasamanya bersama Andre Agassi dengan kemenangan semalam tetapi legenda dari AS itu tidak akan hadir jika pemain dari Serbia itu berjaya mempertahankan gelarannya.

    Agassi, juara Roland Garros 1999 dan pemenang utama lapan kali, hanya komited kepada ‘beberapa perlawanan’ bersama pemain nombor dua dunia.

    Sekarang Djokovic mengesahkan jika dia mara bagi minggu kedua pertandingan itu, dia akan pergi berseorangan.

    “Jadi, dia akan kekal, saya berharap sehingga hujung minggu ini. Kemudian dia terpaksa pergi, kerana dia sudah mempunyai jadual bagi sesuatu yang tidak dapat diubah,” kata Djokovic selepas mencatatkan kemenangan 6-3, 6-4, 6-2 ke atas Marcel Granollers dari Sepanyol.

    “Hanya itu. Saya akan cuba untuk menggunakan masa yang diluangkan bersamanya sebaik yang mungkin.”

    Jurulatih Novak Djokovic, Andre Agassi dari AS ketika menyaksikan per-lawanan menentang Marcel Granollers dalam kemenangan pusingan pertama Terbuka Perancis. – AP
    Jurulatih Novak Djokovic, Andre Agassi dari AS ketika menyaksikan per-lawanan menentang Marcel Granollers dalam kemenangan pusingan pertama Terbuka Perancis. – AP

    Kemenangan semalam, keempatnya dalam pertemuan menentang pemain dari Sepanyol itu, adalah cara yang sempurna untuk meraikan kemunculan Grand Slam ke-50 berturut-turut.

    Tetapi masih perlu ada kerja yang dilakukan bagi pemain itu, yang menyaksikan rentaknya menurun sejak melengkapkan kerjaya Grand Slam di Paris 12 bulan yang lalu.

    “Andre sudah pergi. Dia menunggu saya bagi perbincangan yang serius,” gurau Djokovic mengenai Philippe Chatrier.

    Pemain dari Serbia itu, yang memburu untuk menjadi pemain pertama dalam era Terbuka untuk memenangi semua empat kejohanan utama bagi sekurang –kurangnya dua pertandingan, menamatkan perlawanan selepas dua setengah jam di atas gelanggang yang panas dan lembap.

    Agassi, 47, terus merendahkan diri sejak ketibaannya di Paris, hanya memberikan satu temu bulan televisyen. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda