Friday, February 21, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerjasama UNISSA, FIN SATU bangun modal insan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan PT Fin Centerindo Satu (FIN SATU), Indonesia bagi kerjasama dan kolaborasi ke arah pembangunan modal insan dalam sektor kepimpinan kewangan Islam.

    Majlis penandatanganan MoU berkenaan berlangsung baru-baru ini di Kampus Gadong, UNISSA di mana menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dan bagi pihak FIN SATU ditandatangani oleh Pesuruhjayanya, Harianto Solichin.

    Turut hadir pada majlis penandatanganan tersebut ialah Penolong Rektor (Penyelidikan, Antarabangsa dan Perkhidmatan) UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad; Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa UNISSA, Dr Haji Hambali bin Haji Awang Jaili; Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) UNISSA, Dr Muhammad Zaki bin Haji Zaini; dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Pelaburan, Private Equity, PT Yulie Sekuritas Indonesia Tbk, The Fei Ming.

    Antara perbincangan yang diadakan termasuk mengadakan latihan industri di Menara Syariah yang dirancang sebagai pusat ekosistem ekonomi dan pendidikan berdasarkan syariah yang berskala nasional dan antarabangsa di Indonesia; untuk memberikan pendedahan kepada alumni UNISSA melalui program latihan amali; dan mengongsikan kepakaran UNISSA melalui program latihan dan akademik yang ditawarkan di Menara Syariah mengikut bidang khusus yang dipersetujui.

    Selain itu, FIN SATU juga berhasrat mengadakan Guest Lecture dengan pakar-pakar di UNISSA bersama pelajar FEKIm dan seterusnya menjalinkan hubungan kerjasama yang dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh kedua-dua pihak khususnya dalam bidang kewangan Islam.

    Dr Haji Norarfan dan Harianto Solichin bergambar ramai semasa majlis berkenaan yang diadakan di Kampus Gadong, UNISSA, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda