Tuesday, May 6, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerley nafi ditahan kerana lakukan serangan

    MIAMI, 5 MEI – Bekas juara dunia 100 meter (m), Fred Kerle menafikan dia ditahan atas kesalahan menyerang, sebaliknya menjelaskan penahanannya berpunca daripada keputusan untuk berdiam diri sehingga peguamnya hadir susulan satu pertelingkahan fizikal.

    Pelari pecut Amerika Syarikat itu, yang memenangi pingat emas Kejohanan Dunia 2022 dan gangsa pada Sukan Olimpik Paris, menyifatkan insiden itu sebagai satu salah faham.

    Dia terlepas acara kejohanan trek Grand Slam di Miami selepas ditahan polis di Broward County, Florida, Khamis lalu. Rekod penahanan menunjukkan Kerley dituduh atas kesalahan ‘sentuhan atau serangan fizikal’ dan masih berada dalam tahanan sehingga awal Jumaat.

    Insiden itu dilaporkan berlaku di hotel rasmi kejohanan, yang merupakan pusingan kedua siri Grand Slam Track anjuran legenda pecut Michael Johnson.

    “Walaupun berlaku pertelingkahan fizikal, penahanan saya bukan kerana jenayah, tetapi kerana saya memilih untuk tidak memberikan kenyataan kepada polis tanpa kehadiran peguam,” kata Kerley menerusi Instagram.

    Kerley, yang turut memenangi perak 100m di Sukan Olimpik Tokyo 2020, memohon maaf kepada peminat dan penganjur serta menyatakan insiden itu ‘mengejutkannya’. – AFP

    Fred Kerley meraikan kejayaan semasa Sukan Olimpik Paris 2024 pada 4 Ogos 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda