Sebagai sebahagian daripada sejarah fesyen yang mencerminkan peralihan trend dalam masa beberapa abad kebelakangan ini, sejumlah 143 set terdiri daripada 9.8 kerongsang vintaj dan akeseori berkaitan baru-baru ini telah dipamerkan di Muzium Seni Universiti Tsinghua di Beijing.
Bertajuk Imprint: Vintage Costume Jewelry of the 20th Century, pameran itu menyerlahkan lebih daripada 50 poster, kraf rekaan dan buku mengenai kerongsang vintaj dicipta antara tahun 1920an dan 1990an.
Kesemua pameran dipilih daripada koleksi vintaj barangan kemas Zheng Yingyan.
Dalam perkhidmatan perkongsian pengetahuan Zhihu, Zheng memperkenalkan asal usul kerongsang yang boleh dijejaki daripada kancing flin pakaian diperbuat daripada kulit haiwan dalam Zaman Batu Neolitik dan kerongsang terawal digunakan sebagai perhiasan muncul pada Zaman Gangsa.
Dengan lebih banyak perkembangan dalam abad-abad kebelakangan ini, kerongsang telah meraih tempat dalam koleksi barang kemas malahan memainkan satu peranan penting dalam beberapa acara berpengaruh, menurut penganjur pameran itu. – ANN/The China Daily