Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerosakan jalan raya Vietnam akibat Taufan Bualoi dianggarkan AS$37.2 juta

    HANOI, 7 OKT – Kerosakan terhadap jalan raya akibat Taufan Bualoi dan banjir di Vietnam dianggarkan berjumlah kira-kira AS$37.2 juta, lapor akhbar tempatan Nhan Dan.

    Kebanyakan kerosakan dilaporkan berlaku pada jalan raya yang diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan, menurut Nhan Dan yang memetik Jabatan Jalan Raya Vietnam.

    Sementara itu, akhbar tempatan Suc Khoe & Doi Song melaporkan yang rangkaian jalan raya nasional mengalami lebih 370 lokasi gangguan trafik akibat banjir serta kejadian hakisan cerun atau runtuhan jalan.

    Kerosakan infrastruktur paling teruk berlaku di wilayah tengah dan utara, dengan anggaran kerugian sebanyak kira-kira AS$22.7 juta di Wilayah Thanh Hoa, AS$5 juta di Wilayah Nghe An dan AS$4.9 juta di Wilayah Cao Bang.

    Banyak jalan raya di kawasan itu masih terjejas akibat tanah runtuh dan banjir, menurut laporan itu. – Bernama

    Penunggang motosikal dan kenderaan melalui jalan yang dinaiki air banjir di Hanoi pada 2 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda