Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai kerosakan talian telefon di Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Rimba Gadong yang tidak dapat dihubungi kerana kerja-kerja pembaikan peralatan telekomunikasi sedang dijalankan.
Talian-talian yang tidak dapat dihubungi adalah 2424991 bagi Kaunter Pendaftaran; 2428240 bagi Klinik Pergigian; 2428241 bagi Bilik Rawatan; 2428245 bagi Fax Admin (Pentadbiran); 2428246 bagi Bahagian Farmasi; 2428247 bagi Kaunter C, Tingkat 1; dan 2425248 bagi Klinik Ibu & Anak-Anak.
Orang ramai bolehlah menghubungi talian 8360991 (Klinik Penjagaan Kesihatan Asasi) dan 8131582 (Klinik Ibu & Anak-Anak) semasa waktu bekerja sementara menunggu talian-talian yang mengalami kerosakan dibaik pulih.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga memaklumkan mengenai kerosakan talian telefon di Pusat Kesihatan Jubli Emas Bunut, Perpindahan yang tidak dapat dihubungi kerana kerja-kerja pembaikan peralatan telekomunikasi sedang dijalankan. Talian-talian yang tidak dapat dihubungi adalah 2650450, 2655073 dan 2655074.
Orang ramai bolehlah menghubungi talian 8254567 (Klinik Penjagaan Kesihatan Asasi); 8274567 (Bahagian Farmasi) dan 8284567 (Klinik Ibu & Anak-Anak) semasa waktu bekerja sementara menunggu talian-talian yang mengalami kerosakan dibaik pulih.
