Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerr pimpin skuad Australia di Piala Dunia

    SYDNEY, 3 JULAI – Penyerang utama, Sam Kerr, akan memimpin skuad bola sepak wanita Australia paling berpengalaman dalam sejarah Piala Dunia.

    Pengumuman tersebut dibuat hari ini, dengan Lydia Williams dan Clare Polkinghorne, dua veteran terkemuka, akan beraksi dalam kejohanan kelima mereka.

    Setelah membantu Chelsea meraih geralan Super Liga Wanita untuk kali keempat berturut-turut, Kerr, yang telah mencetak 63 gol dalam 120 penampilan bersama Australia, akan mengenakan lilitan kapten ketika me-reka berusaha melangkah lebih jauh daripada peringkat separuh akhir untuk pertama kalinya.

    Pasangan pertahanan Arsenal, Steph Catley dan Caitlin Foord, turut disenaraikan dalam kalangan sembilan pemain yang telah beraksi lebih daripada 100 kali.

    Sementara itu, Williams dan Polkinghorne, yang telah menjadi tonggak sejak membuat penampilan sulung mereka 17 tahun lalu, akan menjadi pemain Australia pertama, baik lelaki mahupun wanita, yang tampil dalam lima Piala Dunia.

    Empat pemain lainnya, iaitu Kerr, Foord, Emily van Egmond dan Tameka Yallop, akan menyertai kejohanan keempat mereka.

    “23 pemain ini bukan hanya mewakili tradisi Matildas, tetapi juga mewakili semangat 25 juta penduduk Australia yang menyokong kami sepenuhnya,” kata jurulatih, Tony Gustavsson.

    “Mereka memiliki semangat, keinginan dan kecekalan untuk mengharumkan nama negara, dan saya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan babak berikutnya dalam perjalanan mereka.” – AFP

    Sam Kerr meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol semasa perlawanan persahabatan di Stadium Komuniti Gtech di London, England pada 11 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda