Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerugian akibat penipuan FB dan IG cecah RM302 juta

    KULAI, 9 JULAI – Rakyat Malaysia mengalami kerugian mencecah RM302 juta akibat menjadi mangsa penipuan dalam talian menerusi platform Facebook (FB) dan Instagram (IG) bagi tempoh 2021 sehingga Jun lalu.

    Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata kerugian yang direkodkan menerusi penipuan yang mengguna pakai platform Facebook ialah RM232 juta manakala Instagram ialah RM70 juta.

    “Kami juga telah mengadakan pertemuan dengan Meta (FB dan IG) jadi kami memang hendak buktikan bahawa masalah penipuan ini yang mengguna pakai platform mereka memang isu yang serius.” – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda