Kerugian EasyJet meningkat

LONDON, 17 Mei – Syarikat penerbangan kos rendah Britain EasyJet berkata hari ini bahawa kerugian bersih pada separuh pertama melebihi empat kali ganda disebabkan oleh keadaan pasaran yang ‘sukar’ dan kos bahan bakar yang tinggi.

Syarikat penerbangan itu juga memberi amaran bahawa prestasi separuh masa kedua akan mengalami pergolakan, sebahagiannya disebabkan oleh dasar Brexit dan kelembapan ekonomi Eropah.

Kerugian selepas cukai meningkat kepada £218 million (AS$280 juta) pada separuh pertama tahun kewangan kumpulan atau enam bulan hingga Mac, kata EasyJet dalam kemas kini perdagangan.

Jumlah kerugian itu lebih tinggi jika dibandingkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya iaitu hanya £54 juta.

“EasyJet telah beroperasi seperti jangkaan pada separuh pertama,” kata Ketua Eksekutif Johan Lundgren.

“Saya gembira kerana walaupun keadaan dagangan yang lebih sukar, kami telah menerima temapahan lebih daripada 41 juta pelanggan, meningkat 13 peratus pada tahun lepas dan perkhidmatan kami berjalan dengan lancar.”

Walau bagaimanapun, syarikat penerbangan itu memberi amaran bahawa pendapatan suku kedua tahun kewangannya dijangka ‘sedikit turun’. – AFP

Gambar fail pada 10 Mac 2019 menunjukkan pesawat komersial Airbus A320 dengan pendaftaran G-EZRU syarikat penerbangan EasyJet dilihat mendarat disamping dua pesawat lain untuk syarikat kos rendah di Lapangan Terbang Geneva pada 11 Mac 2019 di Geneva. – AFP