Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kerugian ekonomi AS akibat bencana alam meningkat pada 2024

    FLORIDA, 24 JAN – Kerugian ekonomi akibat taufan dan bencana alam lain meningkat mendadak di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu dan melebihi purata secara global, mencerminkan satu lagi tahun yang dibelenggu ribut besar, banjir dan kemarau.

    Kerugian yang disebabkan oleh Taufan Helene dan Milton mendorong jumlah kerugian ekonomi akibat bencana alam di AS kepada AS$217.8 bilion pada tahun lalu, menurut firma broker insurans Aon PLC.

    Angka itu mewakili peningkatan sebanyak 85.3 peratus berbanding 2023, apabila kerugian mencecah kira-kira AS$117.5 bilion.

    Ia juga merupakan jumlah tahunan tertinggi bagi kerugian ekonomi akibat bencana alam sejak 2017.

    Kerugian yang diinsuranskan atau bahagian kerugian ekonomi yang dilindungi oleh insurans, juga meningkat tahun lalu.

    Ia meningkat sebanyak 36 peratus kepada AS$112.7 bilion, jumlah tertinggi sejak 2022.

    Taufan Helene melanda enam negeri di tenggara AS pada musim luruh lalu, menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak AS$75 bilion, terutamanya akibat banjir darat dan pantai, menurut laporan Aon.

    Kurang daripada dua minggu kemudian, Taufan Milton melanda pantai barat Florida, menyebabkan kira-kira $25 bilion dalam kerugian ekonomi. – AP

    Gambar AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    Banjir buruk Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

    HANOI, 23 NOV - Banjir berterusan yang melanda kawasan...

    Angka korban tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada 30

    BANJARNEGARA, INDONESIA, 21 NOV - Angka kematian akibat beberapa...

    ‘Penempatan pengawal kebangsaan di Washington oleh Trump tidak sah’

    WASHINGTON, 21 NOV – Seorang hakim persekutuan kelmarin memutuskan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...