Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerugian SABIC cecah AS$590 juta

    RIYADH, 6 OGOS – Syarikat petrokimia Saudi, SABIC berkata hari ini ia mencatatkan kerugian dalam tempoh tiga bulan hingga penghujung Jun, kerugian suku ketiga berturut-turut akibat jualan rendah dan kerosakan.

    SABIC, firma kimia keempat terbesar di dunia berkata ia merekodkan kerugian 2.22 bilion riyal (AS$592 juta) pada April hingga suku Jun, berbanding keuntungan bersih 2.03 bilion riyal (AS$541 juta) pada suku sama tahun lalu.

    Syarikat itu yang dibeli oleh Saudi Aramco berjumlah AS$69 bilion dalam perjanjian dipersetujui pada 2019 dan berakhir pada Jun tahun ini, merekodkan kerugian AS$872 juta pada separuh pertama 2020 berbanding keuntungan bersih AS$1.4 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

    Kerugian itu berpunca daripada harga purata yang rendah dan jualan isi padu terutamanya disebabkan impak pandemik koronavirus.

    Ia juga berkata telah memperuntukkan AS$608 juta sebagai kerosakan bekalan dalam aset kapital tertentu dalam masa enam bulan pertama.

    Kunci kira-kira SABIC juga terjejas malah sebelum krisis koronavirus disebabkan kejatuhan teruk dalam harga antarabangsa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda