Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerugian warga emas ditipu dalam talian cecah RM552.5 juta 

    KUALA LUMPUR, 27 MEI – Jumlah kerugian dialami warga emas yang menjadi mangsa penipuan dalam talian bagi tempoh antara 2021 hingga 2023 mencecah RM552.5 juta, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

    Beliau berkata jumlah itu membabitkan 5,533 warga emas atau 6.4 peratus daripada keseluruhan 86,266 mangsa penipuan dalam talian yang direkodkan dalam tempoh itu membabitkan kerugian berjumlah RM2.7 bilion.

    Beliau berkata hasil kajian juga mendapati, daripada 5,533 mangsa warga emas yang direkodkan antara 2021 hingga 2023 itu, 47.6 peratus atau 2,631 individu adalah mangsa penipuan jenayah telekomunikasi seperti phone scam, penyamaran dalam talian, penipuan SMS dan tawaran hadiah secara dalam talian. 

    Menurut Ramli berbanding kesemua lima kategori jenayah dalam talian, jenayah telekomunikasi mudah berlaku terhadap mangsa yang tidak mempunyai pengetahuan berkaitan Internet dan jenayah ini boleh dicegah dan dielakkan seandainya mangsa mempunyai pengetahuan dan berwaspada dengan kemungkinan berlakunya jenayah terbabit.

    Sehubungan itu, beliau menyeru agar maklumat berkaitan jenayah komersial khususnya modus operandi penipuan dalam talian dapat disampaikan kepada warga emas khususnya daripada ahli keluarga, kenalan dan jiran. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda