BERGAMO, Itali – Selama hampir 20 tahun melaksanakan kerusi roda generasi baru, Mario Vigentini ingin merevolusikan kualiti hidup mereka dengan mencipta sebuah peranti yang dapat membantu pengguna (yang tidak dapat berjalan) untuk bersemuka dengan mereka yang dapat berdiri secara normal.
Warga Itali ini telah menarik inspirasi mereka daripada Segway – kenderaan dua roda, dapat mengimbangi dengan sendirinya, kenderaan elektrik yang membolehkan para pelawat untuk meronda-ronda di sekitar bandar tanpa perlu berjalan – dan kemudian menghasilkan ‘MarioWay’, sebuah kerusi dua roda berlutut.
Dengan kerusinya yang tinggi, ia membolehkan para pengguna untuk melakukan apa sahaja dari memesan secawan kopi di sebuah bar atau mengambil buku dari rak yang tinggi. Kerajaan Itali sangat kagum dan berbangga dengan hasil ciptaan tersebut dan akan dipamerkan kepada menteri-menteri pengangkutan G7 pada bulan Jun nanti.
Matlamatnya adalah untuk mewujudkan “alat integrasi sosial”, kata Vigentini kepada AFP di ibu pejabatnya di Bergamo. Beliau berusia 45 tahun itu sedang bekerjasama dengan golongan-golongan muda yang mempunyai kecacatan fizikal dan mental agar mereka ini dapat merasai “pengembaraan yang luar biasa”, tetapi merasa kecewa dengan sangkaan-sangkaan buruk yang mereka hadapi.
“Ada satu masa, orang ramai mendekati mereka seperti seorang kanak-kanak,” katanya, seolah-olah mereka duduk berdekatan dengan tanah dan bersifat keanak-anakan.
Untuk merubah pemikiran seperti ini, beliau mendapat satu idea “untuk cuba meletakkan kerusi ergonomik – seperti masyarakat yang berada di negara-negara Nordik yang penuh bergaya pada tahun 1990-an – di dalam sebuah Segway”.
“Sembilan daripada sepuluh orang semasa saya menerangkan mengenai idea ini, mereka telah memandang saya seperti saya ini berasal dari planet lain,” katanya.
Tetapi beliau telah terpujuk untuk mengusahakan idea ini dan mengikuti sebuah pertandingan di Naples pada tahun 2012 – dan berjaya memasuki peringkat akhir. Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah pasukan untuk mengkaji ergonomik samaada dari segi penglibatan dan pembawaan oleh sekumpulan belasan orang yang kurang upaya, yang dijadikan sebagai sebahagian uji kaji mereka.
Para pengguna kerusi roda tradisional diarahkan untuk duduk untuk mengesan “organ-organ (di bahagian atas) yang telah dimampatkan”, manakala “hampir keseluruhan tekenan berat badan kelihatan dialihkan pada bahagian ischium” – bahagian bawah dan belakang tulang pinggul. Kedudukan ini “menimbulkan masalah bagi orang-orang kurang upaya dan mengakibatkan masalah lain seperti; pencernaan, pernafasan, berkencing atau peredaran darah,” katanya, sambil menambah bahawa ia juga dapat mengakibatkan kerosakan otot kaki.
Namun bagi pengguna ciptaan Vigentini, “bahagian atas anggota dapat diluruskan”, dengan menguatkan otot-otot yang mana ini tidak berlaku dalam penggunaan kerusi roda tradisional.
Kerusi itu boleh bergerak sehingga 20 kilometer sejam dengan jangka hayat bateri sepanjang 30 kilometer. Ia dilengkapi dengan “sensor yang dapat membaca kedudukan atau pergerakan badan”, agar “jika saya menggerakkan bahagian atas anggota saya ini, ia akan bergerak sedikit kehadapan. MarioWay ini telah maju ke hadapan,” kata Flaviano Tarducci, pengurus pembangunan perniagaan syarikat itu.
“Pergerakkannya juga sama apabila ingin bergerak ke belakang. Manakala untuk pergi dari satu bahagian ke bahagian yang lain, anda hanya perlu menggerakan pelvis anda sedikit ke kiri atau ke kanan,” katanya.
Reka bentuk ini di mana tugas-tugas yang sangat mencabar atau sukar dilaksanakan bagi pengguna kerusi roda tradisional – seperti membuka pintu atau membawa segelas air ke meja – boleh diatasi dengan mudah.
Vigentini berharap ia dapat mengubah cara pemakaian kerusi roda sebelum ini, yang masih tidak berubah selama hampir satu abad. Beliau dan pasukannya juga telah membuat rundingan dengan sebuah syarikat pengubahsuaian motosikal iaitu Harley Davidson.
Penggunaan bahan yang terdapat dalam kerusi roda ini adalah tidak murah. MarioWay telah dijual baru-baru ini dengan harga 19,300 euro (AS$22,500), manakala kerusi roda elektrik biasa pula bernilai antara 1,500 euro dan 30,000 euro.
Tetapi Vigentini berkata beliau dan pasukannya telah “melakukan sebaik yang mungkin” untuk menurunkan harganya pada sekitar 10,000 euro dengan menandatangani perjanjian dengan rakan kongsi pengeluaran perindustrian.
Dan pada suatu hari beliau berharap orang normal juga akan dapat menggunakan MarioWay ini sebagai satu kenderaan persiaran di bandar-bandar – sama seperti sebuah basikal atau Segway – yang boleh membantu merubah cara sistem pengangkutan, antara mereka yang kurang upaya dan mereka yang tidak. – AFP