Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes artis cerai tidak takutkan Azira Shafinaz

    Berita penceraian artis sama sekali tidak membuatkan hati pelakon Azira Shafinaz berasa gusar untuk mendirikan rumah tangga.

    Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 33, berkata, setiap pasangan mempunyai dugaan tersendiri dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri.

    “Tidak terganggu ataupun beri kesan kepada saya (isu penceraian artis). Setiap orang melalui bermacam kesukaran hidup. Saya sendiri tidak ambil perkara tersebut sebagai satu benda yang boleh menakutkan saya untuk ke alam perkahwinan. Bagi saya, cuma doakan semoga saya cepat kahwin,” katanya kepada kepada mStar.

    Berkongsi lanjut, Azira memberitahu dia belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat namun sudah bersedia bergelar isteri jika sudah tiba masanya. Tambah pelakon filem Sheriff itu, ketika ini dia cuma mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada kariernya.

    “Buat masa ini belum lagi (perancangan kahwin). Doakan untuk saya sebab saya memang dah bersedia. Kalau nak kata berbincang, memang dah lama memperincikan hal ini tetapi kalau ada, ada lah. Buat masa sekarang saya tumpukan sahaja kepada diri sendiri dan karier. Apa-apa akan didedahkan nanti kalau sudah tiba masanya,” ujarnya lagi.

    Sebelum ini, Azira pernah memaklumkan dia menunggu masa paling tepat untuk bergelar isteri kepada seorang lelaki yang dikenalinya sejak 12 tahun lalu. – Agensi

    Azira fokus karier buat masa sekarang. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda