GENEVA, 6 OKT – Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengatakan jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan semakin menurun pada minggu lepas, meneruskan trend penurunan global yang pertama bermula pada Ogos lalu.
Dalam penilaian terbaharu mengenai pandemik tersebut, agensi kesihatan PBB itu kelmarin melaporkan terdapat 3.1 juta kes terbaru COVID-19, penurunan sebanyak sembilan peratus dan kira-kira 54,000 kematian dicatatkan pada minggu lepas, hampir sama dengan minggu sebelumnya. WHO berkata terdapat penurunan dalam jumlah kes di seluruh rantau dunia kecuali Eropah, di mana jumlah kes hampir sama dengan minggu sebelumnya.
Kes COVID-19 menurun sekitar 43 peratus di Afrika, sekitar 20 peratus di Timur Tengah dan Asia Tenggara dan sebanyak 12 peratus di Amerika dan Pasifik Barat. Penurunan kematian tertinggi dapat disaksikan adalah di Afrika, di mana jumlahnya menurun sekitar satu per empat.
WHO juga mengatakan hampir satu per tiga negara Afrika berjaya untuk memberikan vaksinasi kepada hampir 10 peratus daripada penduduknya dalam bulan September. Ketua WHO telah berulang kali mendorong negara kaya untuk memberikan dos tambahan sehingga akhir tahun ini. – AP