Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes baharu COVID catat tiga angka semula

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Sebanyak 103 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan hari ini, iaitu 85 kes hasil ujian ART dan 18 kes adalah hasil daripada 323 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 142,079 kes.

    Dapatan itu diperolehi menerusi laman media Telegram Kementerian Kesihatan berkaitan Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID di Negara Brunei Darussalam hari ini.

    Menurut Kementerian Kesihatan, satu kes dalam kategori 5 memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU), manakala satu kes dalam kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Hari ini, sebanyak 107 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 141,288 kes. Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 573 kes.

    Sementara itu, kadar kanak-kanak lima hingga 11 tahun yang menerima satu dos vaksin adalah seramai 50.5 peratus dengan jumlah kumulatif keseluruhan penduduk menerima tiga dos vaksin adalah sebanyak 65.6 peratus.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda