Thursday, August 18, 2022
23.4 C
Brunei

Kes baharu jangkitan COVID-19 M’sia menurun 3,490

-

KUALA LUMPUR, 12 DIS – Kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini menurun kepada 3,490 berbanding 4,626 direkodkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2,691,639, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 3,490 kes harian itu, 69 kes atau 2 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 3,421 kes atau 98 peratus dalam kategori satu dan dua.

Dalam kenyataan mengenai situasi semasa COVID-19 hari ini, Dr Noor Hisham berkata daripada 3,490 kes itu, 3,476 merupakan kes tempatan dan 14 adalah kes import.

Sebanyak 407 kes pula memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 216 kes memerlukan alat bantuan pernafasan, katanya.

Sementara itu, beliau berkata kes sembuh mencatatkan sejumlah 5,399 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 2,601,908.

Menurutnya dua kluster baharu dikenal pasti dengan jumlah kluster yang masih aktif di seluruh negara kini 243.

Dr Noor Hisham berkata nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini pula mencatatkan 0.97 setakat semalam. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -