KUALA KANGSAR, 6 NOV – Seorang lelaki yang ditahan kerana menumbuk dan menendang anak kandungnya yang berusia 12 tahun, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Kangsar atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah parang, minggu lepas. Tertuduh Mohamad Zairi Mohamad Nawi, 37, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki parang berhulu plastik berwarna merah

