Tuesday, January 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes buli: polis jalankan siasatan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Berikutan dengan video buli melibatkan beberapa orang remaja dan seorang mangsa yang tular baru-baru ini, Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak (USJPWKK) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut.

    Kejadian berkenaan telah dilaporkan oleh pihak polis pada 19 Januari lalu di Balai Polis Kuala Belait.

    Pihak polis segera mengumpulkan maklumat dan siasatan sedang dijalankan. Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 323, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu menyebabkan dan mendatangkan kecederaan.

    Menurut kenyataan PPDB, video-video menunjukkan seorang remaja lelaki (mangsa) telah dipukul menggunakan tangan serta kaki tanpa sebarang objek lain oleh beberapa orang remaja lelaki (suspek).

    PPDB menegaskan kepada orang ramai terutamanya pelajar-pelajar sekolah agar menghindari daripada kelakuan membuli kerana ia boleh menjurus kepada perbuatan jenayah.

    PPDB juga ingin mengingatkan ibu-bapa agar sentiasa memantau dan prihatin atas tingkah laku dan pergaulan anak-anak.

    Polis sedang jalankan siasatan berkaitan video buli yang tular. – Gambar Unsplash.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda