Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Kes bunuh di Tawau bermotif cemburu

KOTA KINABALU, 31 JAN – Kes bunuh terhadap seorang pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di Tawau pada 13 Januari lepas yang melibatkan penahanan lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan adalah bermotifkan cemburu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah.

Beliau berkata kes itu lebih bersifat peribadi dan tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah.

Menurut Idris tiga orang awam turut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan dan semalam isteri kepada si mati telah didakwa di Mahkamah Majistret Tawau. – Bernama

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah (dua, kiri) memeriksa perbarisan kehormat pasukan polis sempena Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) Kepayan kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -