Kes bunuh diri Jepun berkurangan

TOKYO, 17 JAN – Kes bunuh diri di Jepun mencatat kadar paling rendah tahun lalu, ketika kerajaan cuba menangani isu bunuh diri, dengan Jepun merupakan antara negara mencatatkan kes bunuh diri tertinggi di dunia.

Mengikut data awal Kementerian Kesihatan, 19,959 orang membunuh diri pada 2019, 70 peratus daripadanya lelaki, di negara dengan 127 juta penduduk itu, berkurangan sebanyak 4.2 peratus.

Data muktamad akan dikeluarkan Mac ini, dengan angka tersebut dijangka meningkat sedikit, selepas polis selesai mengesahkan sama ada beberapa kematian yang direkodkan pada beberapa bulan terakhir 2019 adalah kes bunuh diri atau sebaliknya.

Bagaimanapun, ia dikatakan tetap merekodkan kadar terendah sejak pengumpulan data bermula pada tahun 1978. Menurut kenyataan ketua kumpulan mencegah bunuh diri LIFELINK, Yasuyuki Shimizu, kepada AFP. – AFP