Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes bunuh diri Sun-kyun cetus kontroversi

    Kontroversi timbul berhubung siasatan berlebihan polis terhadap selebriti berikutan kematian mengejut pelakon Lee Sun-kyun. Lee ditemui mati dalam satu kemungkinan kes bunuh diri pada Rabu lalu, beberapa hari selepas pemeriksaan polis berhubung dakwaan penggunaan dadah haram.

    Menurut pihak polis, laporan berkenaan kes penggunaan dadah oleh Lee pertama kali diumumkan kepada orang ramai pada 19 Oktober melalui laporan media tempatan. Ia berlaku ketika kes tersebut masih dalam peringkat awal siasatan yang sulit.

    Namun, kebocoran maklumat berkenaan siasatan itu telah menyebabkan reputasi pelakon terkenal dunia itu hancur dan tidak dapat dipulihkan.

    “Ia bukan perkara biasa untuk melihat nama individu yang sedang disiasat didedahkan pada peringkat awal sedemikian. Apabila maklumat dalam siasatan mendedahkan, kes tersebut akan menghadapi kesulitan untuk diselesaikan kerana strategi penyiasatan juga akan terdedah,” kata seorang pegawai polis yang mempunyai pengalaman dalam menyiasat kes penyalahgunaan dadah melibatkan selebriti.

    Peguam Lee telah menyatakan minggu lalu bahawa sebarang soalan lanjut sepatutnya dijalankan secara peribadi, kerana pelakon itu berasa ‘tekanan’ kerana terpaksa hadir di hadapan kamera untuk disiasat polis.

    Peguam tersebut menyatakan polis tidak menerima permintaan Lee untuk polis menjalankan siasatan secara peribadi. – ANN/The Korea Herald

    Lee ketika tiba di balai polis di Incheon untuk disoal siasat polis. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda