Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes bunuh: penjaga sekolah Bosnia dipenjara 42 tahun

    SARAJEVO, 17 NOV – Seorang penjaga sekolah menengah di Bosnia yang menembak mati tiga rakan sekerja tahun lalu dijatuhkan hukuman penjara 42 tahun hari ini, menurut pihak pendakwa raya.

    Mehemed Vukalic didapati bersalah membunuh pengetua, setiausaha serta seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di bandar Sanski Most, di wilayah barat laut negara itu.

    Kejadian tembakan tersebut berlaku sebelum sesi persekolahan bermula dan tiada pelajar berada di kawasan sekolah ketika insiden berlaku.

    Selepas menembak lelaki dan dua wanita berkenaan, suspek turut cuba membunuh diri namun terselamat dengan kecederaan serius.

    Dalam kenyataan, pendakwa raya wilayah memaklumkan lelaki berusia 62 tahun itu dijatuhi hukuman penjara 42 tahun hari ini ‘atas kesalahan membunuh tiga individu dan pemilikan haram’ senapang Kalashnikov. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda