Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kes cabul, doktor Hospital Kemaman ditahan

    KUALA TERENGGANU, 10 FEB – Seorang doktor perubatan di Hospital Kemaman ditahan polis Terengganu kelmarin selepas dipercayai mencabul seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Wad Kanak-Kanak di hospital tersebut.

    Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata doktor lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 1:50 tengah hari kelmarin, selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada malam Rabu.

    “Mangsa memaklumkan bahawa suspek merupakan seorang doktor yang merawatnya, telah membuka baju dan meraba dada serta merakam gambar-gambar mangsa melalui telefon bimbit milik suspek. Kejadian berlaku di bilik rawatan wad tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Rohaimi berkata telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

    Katanya pihak polis percaya terdapat ramai lagi mangsa kanak-kanak perempuan, berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar dalam telefon bimbit suspek. – Bernama

    Seorang doktor perubatan di Hospital Kemaman (kiri) ditahan polis Terengganu baru-baru ini selepas dipercayai mencabul seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Wad Kanak-kanak di hospital tersebut. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...