Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes cabul OKU: Polis rekod keterangan 12 pelajar

    KEPALA BATAS, 4 DIS – Polis telah merekodkan keterangan 12 pelajar bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul melibatkan 14 pelajar lelaki golongan orang kelainan upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di sini.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, ACP Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya akan merekodkan keterangan beberapa lagi individu termasuk guru dan petugas di asrama sekolah itu bagi membantu siasatan.

    “Kami sedang melengkapkan kertas siasatan itu, kemungkinan dalam minggu ini boleh disiapkan sebelum dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian cabul membabitkan suspek pelajar Tingkatan Satu yang juga OKU itu berlaku sejak Oktober lepas dan 14 mangsa itu bertindak memaklumkan perkara tersebut kepada guru sekolah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda