Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kes campak pertama disahkan di New South Wales

    SYDNEY, 12 FEB – Pihak berkuasa kesihatan di negeri New South Wales (NSW) Australia telah mengeluarkan amaran awam berhubung campak, kerana satu kes telah disahkan baru-baru ini di utara negeri itu.

    Kementerian Kesihatan NSW mengesahkan kelmarin kes itu kembali dari luar negara dan terdapat wabak campak yang berterusan di beberapa buah negara.

    Murid-murid sekolah yang menaiki bas Syarikat Singh pada 5 Februari lalu dan mereka yang telah melawat di jabatan kecemasan di Hospital Murwillumbah digesa memantau simptom berkaitan.

    Pengarah Wilayah Penduduk dan Kesihatan Awam Pantai Utara negeri, Valerie Delpech, berkata walaupun lokasi itu tidak menimbulkan risiko berterusan, orang yang melawat lokasi tersebut harus berwaspada terhadap gejala itu.

    “Gejala campak termasuk demam, hidung berair, sakit mata dan batuk, biasanya diikuti tiga atau empat hari kemudian oleh ruam merah dan berbintik-bintik yang merebak dari kepala ke seluruh badan,” kata Delpech.

    “Gejala mungkin muncul antara tujuh dan 18 hari selepas pendedahan, jadi penting bagi orang ramai untuk terus berwaspada jika mereka terdedah, dan jika mereka mengalami gejala, sila hubungi GP atau jabatan kecemasan untuk memastikan mereka tidak mengambil masa yang lama di ruang menunggu bersama pesakit lain,” tambahnya.

    Menurut pihak berkuasa kesihatan, campak adalah penyakit yang boleh merebak melalui udara apabila orang yang dijangkiti batuk atau bersin, tetapi ia boleh dicegah melalui vaksin. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...