Saturday, February 15, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes cerai Ari Wibowo belum selesai

    Pelakon Ari Wibowo mendedahkan dia dan isterinya, Inge Anugerah masih tinggal serumah dan tidur bersama meskipun mereka kini dalam proses bercerai.

    Kata Ari atau Raden Arianto Wibowo Wirjodiprodjo Ali Mustopo, 53, selagi pihak mahkamah belum memutuskan mereka sah bercerai, dia tetap akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

    Malah aktor ini juga tidak pernah ambil peduli akan kritikan sesetengah pihak yang menganggap mereka tidak lagi wajar tinggal bersama.

    “Saya tidak pernah ambil peduli komen-komen orang yang bertanya soal kami masih tinggal bersama sedangkan mahu cerai.

    “Saya sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab dan selagi belum ada keputusan dari pihak pengadilan saya akan menjalankan tugas sebagai suami.

    “Apa yang berubah mungkin perasaan sahaja seperti sakit hati atau menyesal,” katanya ketika hadir di mahkamah bagi sebutan kes cerai mereka baru-baru ini. – Agensi

    Ari dan isteri masih tinggal bersama meskipun bakal cerai. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda