Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes ceroboh Hospital RIPAS ditangguhkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Dua warga tempatan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Perantaraan kerana melakukan kesalahan menceroboh namun menafikan melakukan khianat.

    Hakim Pengiran Masni Pengiran Haji Bahar menangguhkan kes itu hingga 16 Oktober bagi menetapkan tarikh perbicaraan dan hukuman dijatuhkan sementara menunggu kes selesai.

    Pendakwa raya Ahmad Firdaus Mohammad mendedahkan bahawa Azlan bin Salim, 37, dan Nor Amir Ali Zawani bin Timbang, 26, telah merancang satu pencurian pada malam 27 September dan pergi ke Hospital RIPAS seperti yang dicadangkan oleh Nor Amir Ali Zawani.

    Di sana, mereka meletakkan kereta mereka berhampiran bilik mayat dan berjalan sehingga sampai ke Bilik MSB 4, Blok 5.

    Mereka mendapati pintu tidak terkunci dan memasuki bilik walaupun melihat papan tanda ‘Untuk Kakitangan Sahaja’ di pintu masuk.

    Azlan memerhatikan persekitaran sementara Nor Amir Ali Zawani memanjat paip yang dipasang pada dinding dan ke platform yang tergantung dari siling.

    Ketika itu seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan terserempak dengan Azlan. Semasa pengawal ke-selamatan itu memanggil Azlan, dia kemudian ternampak Nor Amir Ali Zawani di platform.

    Pengawal keselamatan itu kemudiannya memujuk kedua-dua tertuduh itu untuk turun. Pihak polis dihubungi sekali gus membawa kepada penangkapan kedua-dua tertuduh.

    Siasatan polis mendapati terdapat dua potongan kabel dan sebilah pisau. Azlan mengakui bahawa dia melakukan kesalahan itu bagi mendapatkan wang membaiki keretanya

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda