KUALA LUMPUR, 2 MAC – Kes baharu positif COVID-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lepas menurun kepada 1,555 berbanding 1,828 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 304,135 dengan kes aktif sebanyak 24,563.
Beliau berkata daripada jumlah kes baharu berkenaan, tiga adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala 1,552 kes melibatkan penularan dalam negara.
“Kes import melibatkan tiga bukan warganegara manakala kes tempatan membabitkan 1,108 warga negara dan 444 bukan warga.” – Bernama
