Kes COVID-19 di Switzerland melebihi 10,000

GENEVA, 26 MAC – Switzerland kelmarin menjadi antara negara-negara yang mencatatkan lebih dari 10,000 kes rasmi COVID-19, dengan mereka melancarkan pelan untuk mula menjejaki orang ramai melalui data telefon bimbit.

Menteri kesihatan berkata 10,661 orang di negara Alpine tersebut telah diuji positif dijangkiti koronavirus – hampir 1,000 kes baharu dari hari sebelumnya – sementara 161 orang telah terkorban.

Switzerland adalah antara negara yang telah menjalankan ujian COVID-19 per kapita, dan negara kelima di Eropah yang melebihi angka 10,000 kes rasmi.

Ia menyusuli negara-negara jiran Itali, Jerman, Perancis dan Sepanyol – kesemua mempunyai populasi yang lebih besar.

Di tempat lain, China, Iran dan AS telah melebihi lima angka, menurut laporan situasi terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai pandemik global.

Sebuah lebuh raya yang kosong di Zurich, Switzerland, disebabkan wabak koronavirus. Switzerland menjadi antara negara-negara yang mencatatkan lebih dari 10,000 kes disahkan COVID-19. – AP

Kawasan Selatan Switzerland, bandar Ticino, yang bersempadan dengan negara yang paling teruk terjejas iaitu Itali, adalah kawasan yang paling teruk terjejas di antara 26 wilayahnya, dengan 393 kes daripada 100,000 orang.

Kira-kira dua per lima kematian di Switzerland berlaku di Ticino.

Kes pertama dilaporkan di Switzerland adalah pada 24 Februari lalu.

Sejak itu, ’91,400 ujian telah dijalankan untuk COVID-19, yang mana 14 peratus darinya disahkan positif,’ pegawai kesatuan kesihatan awam berkata. Kerajaan Switzerland telah mengarahkan penutupan sekolah-sekolah dan kesemua tempatan riadah, termasuk kedai makan dan kedai yang tidak menjual makanan.

Minggu lalu, mereka telah meningkatkan sekatan, melarang perhimpunan lebih daripada lima orang, sementara sesiapa yang berdiri lebih dekat dari dua meter dengan orang lain akan dikenakan denda.

“Buat masa ini ia adalah terlalu awal untuk mengatakan mengenai melonggarkan sekatan,” pegawai menteri kesihatan, Daniel Koch, ketua tindak balas Swiss ketika sidang media di Bern. – AFP