PHNOM PENH, 5 OGOS – Jumlah keseluruhan kes COVID-19 Kemboja hari ini meningkat kepada 80,225 selepas 591 lagi jangkitan baharu disahkan di seluruh negara, menurut kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.
Jangkitan baharu termasuklah 408 kes tempatan dan 183 kes import, kata kementerian.
Sementara itu 19 lagi kematian dicatatkan, membawa jumlah keseluruhan kematian kepada 1,507, manakala 618 pesakit pulih. Negara Asia Tenggara itu sudah pun melancarkan kempen vaksinasi COVID-19 bagi orang dewasa pada 10 Februari dan remaja berusia 12 sehingga 17 tahun pada 1 Ogos lalu, menyasarkan untuk menginokulasi 12 juta orang termasuk 10 juta orang dewasa dan 2 juta remaja atau 75 peratus daripada 16 juta populasinya menjelang November.
Setakat semalam, sekitar 7.7 juta orang termasuk 7.54 orang dewasa dan 163,201 remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, merangkumi 48 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduknya, kata kementerian. – Xinhua