Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes COVID-19 melepasi angka 1 juta di Thailand

    BANGKOK, 20 OGOS – Kes keseluruhan jangkitan koronavirus di Thailand melepasi angka satu juta hari ini ketika jumlah peningkatan terbaharu menurun di bawah angka 20,000 kes jangkitan harian buat kali pertama dalam masa 10 hari.

    Lebih 97 peratus kes dicatatkan sejak pandemik bermula pada April.

    Penularan tersebut dikaitkan dengan tempat-tempat hiburan di Bangkok dan perjalanan semasa tradisi Tahun Baharu pada pertengahan April dan berjangkit dengan lebih serius apabila varian delta dikesan di kem buruh binaan dan menular ke pasar-pasar, komuniti dan ahli keluarga.

    Pihak kerajaan memutuskan menutup tempat-tempat awam dan mengenakan sekatan bulan lalu, tetapi jangkitan dan kematian kekal tinggi.

    Walau bagaimanapun, laporan statistik harian Jabatan Kawalan Penyakit menunjukkan angka purata ujian COVID-19 menurun sejak tujuh hari kebelakangan.

    Thailand melaporkan 19,851 kes baharu hari ini.

    Apisamai Srirangsan, timbalan jurucakap bagi Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Kerajaan, berkata walau pun kes harian kekal tinggi, ia dilihat stabil.- AP

    Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin kepada penduduk Thailand di Bangkok. Thailand mencatatkan lebih satu juta kes keseluruhan COVID-19, kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda