KUALA LUMPUR, 25 JULAI – Kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah angka sejuta dengan 1,013,438 kes, apabila sebanyak 17,045 kes jangkitan baharu wabak itu dilaporkan hari ini.
Jumlah kes baharu yang dilaporkan itu juga, merupakan yang tertinggi pernah direkodkan negara sejak pandemik itu melanda Malaysia Mac tahun lepas, mengatasi 15,902 kes yang dicatatkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Facebook berkata, Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 8,500 kes.
Sementara itu, dalam kenyataan rasminya Dr Noor Hisham memaklumkan, perincian kes baharu hari ini merangkumi 17,039 kes tempatan dan enam kes import.
Sebanyak 92 kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah korban wabak itu di Malaysia mencecah 7,994 orang. – Bernama