MOSCOW, 24 JUN – Kes COVID-19 terus melonjak di Rusia pada Rabu, dengan 7,176 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah terkumpul setakat ini sebanyak 606,881, lapor agensi berita Anadolu. Dalam tempoh sama, seramai 12,393 pesakit pulih menjadikan keseluruhan 368,822, kata pasukan petugas kecemasan Rusia. Angka korban bertambah seramai 154 lagi menjadi 8,513 orang.