Kes COVID meningkat di India

NEW DELHI, 20 JUN – Jangkitan wabak COVID-19 kembali meningkat di India, dengan hampir 80,000 kes baharu direkodkan sejak seminggu lalu.

Jumlah kes aktif meningkat hampir 60 peratus dalam tempoh tujuh hari lepas, tetapi kementerian kesihatan negara itu menolak kemungkinan mengenai gelombang COVID keempat, lapor Xinhua. Menurut angka rasmi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Persekutuan hari ini, 12,781 kes baharu telah direkodkan di seluruh negara, menjadikan jumlah kes setakat ini mencecah 43,309,473. 

Ini merupakan hari keempat berturut-turut kes baharu melebihi 12,000 setiap hari, dan 18 kematian direkodkan akibat wabak itu, menjadikan jumlah korban setakat ini mencecah 524,873. Delhi sekali lagi kekal menjadi antara negara paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19, dengan 1,530 jangkitan baharu direkodkan pada petang Ahad. – Bernama