Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Mahkamah Majistret memerintahkan kes curi kereta diteliti lebih lanjut selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa lelaki tempatan berusia 36 tahun itu memerlukan lebih banyak siasatan. Bagaimanapun, Mohd Yasmin bin Mohd Yussof didakwa kerana mencuri sebuah van antara 14 dan 15 Ogos dari Simpang 5, Jalan Gadong.