Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes curi/potong rambut di Utara India

    NEW DELHI – Beberapa insiden yang mencemaskan berlaku sejak beberapa hari lepas di utara India. Antaranya yang melibatkan seorang perempuan Dalit berusia 60 tahun yang dibunuh oleh sekumpulan lelaki dari kasta atasan di sebuah kampung daerah Agra, Uttar Pradesh.

    Kumpulan lelaki itu mengesyaki perempuan itu seorang ‘ahli sihir’ yang mahu memotong rambut perempuan.

    “Perempuan tua itu merayu belas kasihan serta memperkenalkan dirinya tetapi lelaki itu terus memukul orang tua itu. Mereka panggil dia ahli sihir yang mahu memotong tocang perempuan,” kata anak lelaki perempuan yang dibunuh itu.

    Sebelum ini terdapat banyak laporan kes melibatkan perempuan yang dipotong rambut mereka ketika tidak sedarkan diri berlaku di Delhi, Punjab, Rajasthan dan Haryana.

    Dianggap pelik 

    Pihak polis sedang menyiasat beberapa kes yang dianggap pelik ini. Ada yang mengaitkan kes ini sebagai khabar angin, perbuatan nakal, khayalan dan ilmu sihir.

    Rambut - 5_100817

    Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut ini menggunakan rambut berkenaan untuk anak patung yang kemudiannya ditanam.
    Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut ini menggunakan rambut berkenaan untuk anak patung yang kemudiannya ditanam.

    Di bahagian India yang memang percaya benda tahyul dan karut, khabar angin seperti ini boleh merebak lebih pantas daripada kebakaran hutan. Banyak penjelasan dibuat untuk meredakan suasana panik sama ada dicetuskan oleh manusia atau kuasa jahat.

    Keadaan itu di mana perempuan kehilangan tocang mereka, rambut yang diikat serta gumpalan rambut berbeza. Ada yang mendakwa rambut mereka dipotong ketika tidur sementara yang lain mengalaminya sewaktu bekerja di dapur atau membuka pintu apabila ada orang memanggil mereka.

    “Daripada bukti yang dikumpul setakat ini, nampaknya perempuan itu memotong rambut mereka sendiri sama ada secara sedar atau tidak, mungkin kerana mahukan perhatian,” kata Sudhir Khandelwal, bekas ketua Jabatan Psikiatri  All India Institute of Medical Sciences (AIIMS), institusi perubatan tersohor India, yang dipetik sebagai berkata dalam satu laporan akhbar.

    “Saya sedang membancuh teh di dapur apabila ada sesuatu mengetuk kepala saya sehingga tak sedarkan diri.  Bila saya sedar, saya dapati rambut saya dipotong,” kata seorang perempuan bernama Machla Devi dari kampung di Uttar Pradesh.

    Mencetuskan panik 

    Di Delhi,  satu kes memotong rambut melibatkan seorang gadis belasan tahun didapati kemudiannya perbuatan nakal oleh budak-budak kecil keluarga remaja itu.

    “Kami menghantar pasukan polis untuk menyiasat. Para penyiasat itu setelah bercakap dengan saudara-mara budak perempuan itu serta jiran mendapati rambut budak itu dipotong oleh adik lelakinya berusia 10 tahun dan anak saudaranya yang berusia 12 tahun,” pegawai polis kanan Romil Baaniya memberitahu sebuah akhbar.

    Bagaimanapun, misteri memotong rambut dianggap bukan setakat cerita dongeng kerana di sesetengah tempat ia mencetuskan panik sehinggakan ada yang membuat laporan polis.

    Rambut yang dicuri daripada perempuan dan kanak-kanak digunakan untuk amalan sihir di sesetengah kampung.

    Pihak polis sedang menyiasat beberapa kes yang dianggap pelik ini. Ada yang mengaitkan kes ini sebagai khabar angin, perbuatan nakal, khayalan dan ilmu sihir.
    Pihak polis sedang menyiasat beberapa kes yang dianggap pelik ini. Ada yang mengaitkan kes ini sebagai khabar angin, perbuatan nakal, khayalan dan ilmu sihir.

    Rambut - 4_100817

    Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut ini menggunakan rambut berkenaan untuk anak patung yang kemudiannya ditanam. Kepercayaannya ialah apabila anak patung itu menjadi reput, begitulah juga orang yang rambutnya dipotong.

    Ramai orang yang berkepentingan termasuk dukun, penipu malah ahli politik akan mengeksploit kepercayaan karut ini.

    Dianggap sebagai jenaka

    Filem, yang dibintangi pelakon Bollywood, Aamir Khan, bertajuk “PK” keluaran 2014 turut menjadikan kepercayaan karut itu sebagai jenaka dalam filem berkenaan. Kepercayaan yang sebegini bukan sahaja terhad kepada individu. Ada satu kes yang melibatkan orang ramai.

    Pada 1995, jutaan rakyat India percaya dengan berita berhala dewa Hindu Ganesha yang berkepala gajah “minum” susu. Fenomena itu pertama kali dilaporkan berlaku di sebuah kuil di New Delhi dan kemudiannya merebak dengan pantas ke tempat lain.

    Akhbar dan rangkaian televisyen kemudiannya menghantar pasukan wartawan untuk membuat liputan. Banyak laporan media menyebut saksi yang melihat kejadian patung berhala minum susu diberi oleh orang ramai.

    Mereka berkata patung berhala itu tidak pula menunjukkan kehausan tetapi mungkin suara berhala itu tidak dapat didengar kerana suasana yang riuh-rendah.

    Kejadian “ajaib” itu bukan sahaja heboh di India tetapi turut disebarkan oleh masyarakat India di Kanada, Amerika Syarikat, Singapura, Hong Kong dan United Kingdom.

    Sudah tentunya perkara itu dipertikaikan oleh ahli sains serta pihak lain.

    Mereka mendakwa semuanya itu adalah halusinasi atau penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, mahu mengambil kesempatan daripada kelemahan orang yang mudah percaya kepada kejadian seperti itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda