Kes dadah bawah umur meningkat

MIRI, 20 NOV – Polis Sarawak akan meningkatkan program berkaitan kesedaran penyalahgunaan dadah di sekolah berikutan peningkatan kes tersebut melibatkan remaja bawah umur 18 tahun. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M. M Sree berkata seramai 431 remaja bawah 18 tahun di Sarawak ditangkap kerana penyalahgunaan dadah dari Jan hingga Okt tahun ini dengan 56 orang adalah pelajar sekolah.

“Pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2017 hanya 31 orang remaja bawah umur 18 tahun ditangkap dan meningkat lagi pada tahun 2018 dengan 59 orang remaja ditangkap,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – Bernama