Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes demam denggi di Malaysia meningkat 158 peratus

    KUALA LUMPUR, 12 JUN – Jumlah kumulatif kes demam denggi dari Januari hingga 3 Jun di Malaysia meningkat sebanyak 158 peratus dengan 48,712 kes dilaporkan berbanding 18,883 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata dalam tempoh itu juga, sejumlah 34 kematian akibat komplikasi demam denggi dicatatkan berbanding 12 kematian pada 2022.

    Pada Minggu Epidemiologi ke-22 (28 Mei hingga 3 Jun), beliau berkata jumlah kes demam denggi adalah sebanyak 2,455 kes berbanding 2,638 kes pada minggu sebelumnya iaitu penurunan sebanyak 183 kes. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda