Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes demam denggi meningkat di Hanoi

    HANOI, 23 SEPT – Ibu negara Vietnam, Hanoi melaporkan peningkatan ketara kes demam denggi dengan 258 jangkitan baharu direkodkan dari 12 hingga 19 September, berbanding 190 kes pada minggu sebelumnya, menurut agensi berita Vietnam, kelmarin.

    Menurut Pusat Kawalan Penyakit Hanoi, bandar raya itu mengenal pasti 19 kluster wabak baharu, menjadikan jumlah keseluruhan lokasi panas aktif kepada 33.

    Sejak awal 2025, Hanoi telah merekodkan 1,884 kes demam denggi, menurun 42 peratus berbanding tempoh sama pada 2024, menurut laporan itu.

    Pihak berkuasa kesihatan memberi amaran bahawa indeks serangga di kawasan wabak kekal pada ambang berisiko tinggi dan menjangkakan jangkitan berkemungkinan terus meningkat selaras dengan kitaran wabak tahunan.

    Stesen kesihatan tempatan turut diarahkan untuk memperkukuh pengesanan awal dan memastikan tindak balas segera terhadap kes baharu, terutama di komuniti berisiko tinggi, menurut laporan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda