Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes denggi cetus kecemasan

    DHAKA, 6 OGOS – Demam denggi mencetuskan kecemasan kesihatan awam di Bangladesh, dengan 10 kematian direkodkan semalam, menjadikan jumlah kematian setakat ini mencecah 303, menurut Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).

    Menurut DGHS, sebanyak 281 kematian akibat denggi dicatatkan pada tahun lepas, jumlah tertinggi pernah direkodkan di mana-mana negara, lapor agensi Anadolu.

    Jumlah kemasukan ke hospital mencecah 63,968 dengan 2,495 kes baharu.

    Kebanyakan kematian direkodkan di ibu negara, Dhaka iaitu sebanyak 241 kematian. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda