MANILA, 1 JULAI – Jumlah kes denggi direkodkan daripada Januari sehingga Jun tahun ini telah menurun 48 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) hari ini.
Ailene Espiritu dari Biro Pencegahan dan Kawalan Penyakit DOH mengatakan agensi kesihatan melaporkan 27,930 kes denggi dalam enam bulan tahun ini. Sehingga 5 Jun, 105 orang maut akibat denggi, kurang daripada 183 orang yang direkodkan pada tempoh masa tahun lalu, kata Espiritu.
“Orang ramai kekal di rumah dan mematuhi amalan kebersihan air dan sanitasi,” kata Espiritu dalam sidang media disiarkan secara langsung ketika menerangkan punca penurunan besar dalam kes denggi dan kematian.
Semenjak pertengahan Mac tahun lalu, Filipina sudah pun berada pada tahap-tahap sekatan pelbagai kerana pandemik, memaksa orang ramai duduk di rumah.
Filipina mengisytiharkan ‘epidemik denggi kebangsaan’ pada Ogos 2019 kerana peningkatan kematian akibat penyakit bawaan nyamuk yang boleh menyebabkan sakit sendi, loya, muntah, ruam dan masalah pernafasan, pendarahan serta kegagalan organ jika akut. – Xinhua