VIETIANE, 27 JUN – Sebanyak 161 kes demam denggi telah dilaporkan di seluruh Laos dalam, tempoh 24 jam, membawa jumlah kes di negara itu kepada 4,087, menurut Kementerian Kesihatan Laos pada Isnin.
Ibu kota Laos, Vientiane mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 2,145, menurut Pusat Maklumat dan Pendidikan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Laos pada Isnin.
Sejumlah 572 kes dilaporkan pada wilayah Saravan, 324 kes di Attapeu, dan 220 kes di wilayah Sekong.
Laos merekodkan empat kematian akibat denggi, termasuk dua di Vientiane dan dua di Saravan. – Xinhua